Make your own free website on Tripod.com

Kolej Pendeta Za'ba Universiti Kebangsaan Malaysia

Sejarah Penubuhan Kolej

Muka Depan
Sejarah Penubuhan Kolej
Matlamat Kolej
Organisasi
Fasiliti / Kemudahan Kolej
Album Kolej
8tiviti Kolej
Peta & Lokasi Kolej
Pautan
Alamat Kolej

~ Di mana bumi kupijak, di situ langit kujunjung... ~

Kolej Pendeta Za'ba mula dibina sekitar tahun 2001 dengan keluasan 15 hektar. Ia mempunyai 8 blok asrama dan mampu menempatkan seramai 3860 pelajar. Pembangunan Kolej Za'ba diuruskan sepenuhnya oleh Kausar Corporation Sdn Bhd manakala urusan yang melibatkan pelajar akan diselia oleh Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar (HEP) UKM.

Kolej Za'ba mula dibuka pada semester dua Sesi Pengajian 2004/2005. Sebelum ini, ia dikenali sebagai Kolej Kausar. Buat permulaannya, hanya 690 pelajar yang terdiri daripada prasiswazah dan pasca siswazah ditempatkan di dua blok iaitu Blok A dan Blok B. Kolej ini dijangka siap sepenuhnya pada semester dua Sesi Pengajian 2005/2006.

Pada sesi pengajian 2005/2006, Kolej Za'ba dijangka akan menempatkan seramai 2280 pelajar merangkumi 700 pelajar Tahun 1, 1040 pelajar senior dan selebihnya adalah pelajar pasca-siswazah. Selaras dengan itu, dijangka lima blok akan dibuka iaitu Blok B untuk pelajar lelaki dan empat blok untuk pelajar perempuan iaitu Blok A, C, D dan E.
 
Kolej ini merupakan kolej kedua terbesar di UKM. Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik seminar, bilik mesyuarat, bilik TV yang dilengkapi Astro, kafeteria yang berkonsepkan santai, pasar mini, kedai fotostat, perkhidmatan telefon serta kedai memproses gambar. Disebabkan kolej ini masih baru lagi, dijangkakan kemudahan seperti mesin ATM, gelanggang futsal, perkhidmatan Internet WiFi, bilik gim serta bilik muzik untuk aktiviti kesenian dan kebudayaan akan disediakan secara berperingkat.

kolej04.jpg

Objektif utama pembukaan kolej ini adalah untuk menjadikan Kolej Pendeta Za'ba sebagai pusat aktiviti pelajar, samada dari perspektif akademik mahu pun ko-kurikulum seperti sukan, rekreasi dan sebagainya. Pihak pengurusan kolej sentiasa bekerjasama dengan Jawankuasa Perwakilan Pelajar (JAKSA Kolej) bagi menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh pelajar dalam mewujudkan satu suasana kampus yang kondusif kepada penghuni-penghuni di kolej ini.

Hak Cipta Terpelihara 2005 @ Za'ba Online Team