Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Selamat Datang ke Laman Web Kolej Pendeta Za'ba, Universiti Kebangsaan
Malaysia. Laman ini merupakan percubaan dan masih didalam proses pembangunan selaras dengan usia kolej ini yang menghampiri
setahun pembukaannya.
Kolej ini yang dikenali diawal pembukaannya sebagai Kolej Kausar merupakan kolej terbesar di
UKM. Ditubuhkan dari hasrat ingin menampung keperluan universiti dan kemudahan asrama untuk pelajar prasiswazah serta pascasiswazah.
Laman web ini diwujudkan dengan harapan ia bakal menjadi medium informasi dan hub pertukaran
idea dikalangan warganya.